spare part untuk memancing semuanya disini...---> www.joranbagus.com.my
destinasi menarik daerah johor ...syok untuk memancing dan bersantai bersama keluarga
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JOHOR
GUNUNG PULAIPengunjung yang cintakan kehijauan alam akan terpesona melihat keindahan alam semulajadi serta hidupan liar di Gunung Pulai. Dibajai oleh sungai dan tanpa ganguan manusia, flora dan fauna mewarnai kehidupan di Gunung Pulai.
Bagi mereka yang gemar berkhemah pula, kawasan perkhemahan juga disediakan. Bermula dari kaki gunung melalui peringkat pertama dan kedua air terjun, berjalan dicelah-celah hutan tropika dan berakhir di peringkat ketiga air terjun adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh mereka yang gemar merentas hutan. Setelah penat seharian meredah hutan, mereka bolehlah beristirehat di kawasan perkhemahan yang disediakan.
GUNUNG BELUMUT
Perjalanan menuju ke puncak Gunung Belumut kini telah diperbaiki untuk memudahkan pendakian para pengunjung. Air terjunnya juga terletak di aras bawah gunung tersebut dan ia tidak terlalu tinggi. Ini memudahkan para pengunjung datang bersantai tanpa perlu mendaki tinggi.
Untuk para pendaki, jumlah masa yang diperlukan untuk tiba di puncak gunung pada ketinggian 1004m dibawah paras laut ialah 4 jam. Selepas dua jam pendakian, para pendaki sudah boleh melihat salah satu mercu tanda di daerah Kluang yang terkenal iaitu "Batu Mahkota". Batu Mahkota ialah sebiji batu yang berbentuk seperti sebuah mahkota raksasa.
GUNUNG LAMBAK
Berada pada 510m di bawah paras laut, Gunung Lambak ini dilengkapi dengan kemudahan lorong pejalan kaki dan jambatan kayu untuk memudahkan perjalanan ke puncak gunung. Selain daripada keindahan flora dan fauna nya, terdapat juga kawasan air terjun untuk para pengunjung menikmati kesegarannya. Rumah penginapan juga ada disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di sini.
PANTAI MINYAK BEKU
Perigi Batu Pahat terletak di Pantai Minyak Beku, 8 km dari pekan Batu Pahat. Perigi ini dipercayai merupakan tempat Daerah Batu Pahat mendapat namanya
AIR TERJUN KOTA TINGGI
DESARU
Dibarisi dengan pokok ru dan air laut yang bersih membuatkan pelbagai aktiviti air dapat dijalankan di pantai ini antaranya menyelam, memancing, menaiki bot dan berkanu. Selain itu terdapat juga aktivi lain seperti menunggang kuda, bermain tenis, bermain golf atau merentas hutan.
TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN
Hutan Simpan Endau-Rompin meliputi kawasan seluas 48,905 hektar (800 kaki persegi) merupakan hutan simpan kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara.
Terdapat dua jalan masuk untuk ke Hutan Simpan ini iaitu melalui Kampung Peta ataupun Nitar. Perjalanan selama lapan jam diperlukan untuk ke taman negara ini dengan menyusuri sepanjang Sungai Endau. Kampung Peta merupakan salah sebuah Kampung Orang Asli yang terpencil di Johor.
Antara tarikan Taman Negara Endau Rompin ialah cerita-cerita lagendanya yang telah wujud sejak dahulu lagi. Salah satu ceritanya adalah berkaitan Upih Guling yang terletak di Air Terjun Buaya Sangkut.
PANTAI PUNGGOR
Bawalah seisi keluarga untuk berkelah bersama untuk menikmati pemandangan di sini dan habiskan masa hujung minggu anda dengan udara pantai yang lembut dan sunyi. Legakan ketegangan kerja anda dengan melawati Pantai Punggor dan anda akan berasa segar dan kembali muda.